PAKEJ SWITZERLAND BERSAMA RAYHAR

‘Free Boat Ride’ di Giethoorn
Giethoorn adalah sebuah destinasi yang damai dengan udara yang bersih dan tidak tercemar di Netherlands kerana merupakan ‘Car-Free Village’ . Penduduk di sini menaiki basikal ataupun bot bagi kelangsungan hari mereka. Jom rasai pengalaman menaiki Bot di Giethoorn. Really, kita akan teruja dengan Giethoorn yang Wow! Lebih lanjut

United Kingdom
Selain dari berpeluang melihat bangunan ikonik di Kota London, kita juga ada lawatan di luar kota London seperti University of Oxford. University ini menduduki tempat teratas mengikut senarai di “World University Rankings 2023” dan yang tertua di UK (1096). Bahkan, menjadi pilihan untuk lokasi pengambaraan filem Harry Potter. Kita juga akan membeli belah di Bicester Village Outlet dan Oxford Street dan bergambar di Chelsea Stamford Bridge Stadium. Lebih lanjut

Volendam
Volendam dikenali sebagai perkampungan nelayan yang menawan di Eropah. Ianya telah wujud sejak abad ke-14 dan sebahagian besarnya kekal tidak berubah sejak zaman itu. Dengan deretan rumah-rumah kayu berwarna warni, bot-bot cantik di pelabuhan serta berpeluang untuk menikmati makanan laut yang segar, menjadikan ianya destinasi pelancongan yang popular untuk penduduk tempatan dan antarabangsa. Lebih lanjut

Masjid Terbesar di Jerman
Masjid Cologne, ialah masjid terbesar di Jerman. Pembinaannya telah menelan belanja sekitar 15-20 juta euro. Masjid seluas 4.500 meter persegi ini mampu menampung hingga 4,000 jemaah dibina dengan rekabentuk yang moden dan futuristik.

Paris Kota Cinta, Kota Fesyen
Bila bercakap mengenai kota cinta, tidak lain tidak bukan pastinya Eiffel Tower yang terbayang di fikiran. Kita juga akan bergambar di Louvre Museum iaitu museum yang terbesar di dunia dan membeli belah di La Vallee Village serta butik-butik berjenama.

Mount Pilatus, Switzerland
Jom rasai pengalaman yang menyeronokkan dengan menaiki keretapi di ’The World's Steepest Cogwheel Railway’

Brussels Grand Place, Waffle dan Coklat
Kita akan berkunjung ke mercu tanda yang paling ikonik di Brussels iaitu Grand Place yang dibina dari abad ke 14 dan berada dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil menikmati kelazatan Waffle dan Coklat Belgium. Oh ya! tak lupa juga bergambar di Atomium.

Ziarah dan Solat di Masjid
Pakej yang seimbang dengan masa lawatan, masa membeli belah, masa bersantai, disamping menziarahi dan solat di masjid-masjid yang terdapat di London dan Eropah.
Jadual Perjalanan
PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan antarabangsa
- Penginapan 9 malam di hotel beserta sarapan pagi
- Perjalanan bermula dari London dan berakhir di Switzerland
- Makan malam ‘Freshly Cooked’ setiap hari
- Kenderaan yang selesa sepanjang lawatan
- Bayaran masuk ke lokasi yang dinyatakan dalam jadual
- Bayaran tip untuk pemandu dan pemandu pelancong
- Pemandu pelancong Melayu Muslim
- Sebotol Air Mineral 500ml
- Tiket menaiki Bot di Giethoorn
- Barangan komplimentari dari Rayhar Travels
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Insurans perjalanan
- Kos perbelanjaan/ beli-belah
- Makan tengahari
- Bayaran bagasi lebih had
- Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, minibar dan lain-lain
- Lawatan pilihan : Mount Pilatus CHF 80.00